Monday, September 24, 2012

IMPIANKU

HALUUUUUU

menyelami hati ku sendiri
chewwahhhh hayat tak hengat

actually banyak impian dan cita2 dalam hati
banyak sgt2... sounds tamak tapi itulah aku

dari kecik sampai beso gajah ni terasa macam2 nak boowhat
bisnes? jangan citelah sampai abah i cakap hurmmm macam 2 meniaga wat tapi main2
ishhh mane ade bah.. but aku amik dari positip.. take it as a step to built a life in LIFE

ahaks paham tak??? hokeh sempena meraikan aku yang bakal menjadi surihani eh surirumah ni
aku nak tanamkan dalam hati nak wat sehabis baik? boleh ke?

try lah... dah ada masa kat umah... ada internet jom manfaatkan.. semalam ada satu cerita, i pegi hanto label umah customer somewhere in KL.umah customer memang cantik n dia baik sgt.friendly tapi neighbour dier omputih.alahai ko dok melesia tapi adab ko macam tak berapa nak seswai lah

bukan ape.salah aku jugak terparking depan umah dier..hurmm boleh tak laki dia main buka je gate n terkena kat pintu kete.so aku assume dia tak nampak aku kat luar,kalo aku naik beskal logik jugaklah aku park n dia terbukak gate n telanggar basikal aku ni aku naik kete... kaler itam takkan tak nampak.ishhh mula ingat nak sound.. bolehlah cakap omputeh walopun HADO je...

tapi pk2 balik.tak pelah tu rumah dier suke ati dierlah kan
mungkinlah itulah... allah menguji so jangan marah, mungkin aku penah wat camtu kat orgkan dulu
tapi tak perasan.jadi saya maafkan anda. n please b b very alert n more more sensitivity, because we are malaysian n we treat people NICE even THE person is unnice..hahaha boleh camtu..

so pada semua janganlah kita berburuk sangka ingatan untuk saya juga
KIFARAH
MUHASABAH
n JANGAN CEPAT GELABAH!!!

JOM TGK GAMBO

selero nago

INILAH MEIMEI...kalo pg mane2 mesti cari makanan untuk bini hhehehe tipu ni untuk umah

 
with anak buah amsyar tengah main tepung

 

k lah dah merapooo dah ni byessss

Sunday, September 23, 2012

SEINDAH PAGI INI

Bangun pagi2 nek pergi kerja
alahai mata ni susahnya nak buka, semalam pukul 12 baru sampai rumah
tapi rasanya berbalaoi jah dapat makan kat Pernu, Melaka
sedap alhamdullilah
tapi meninggalkan si tecik yang lincah dan pandai buat lawak alahai rindunyer

hari ni kalo ikot kiraan lagi 5 hari nak berakhirnya sesi pekerjaan di Istana Budaya ni
banyak kenangan kalau nak dimbas kembali
dari segi kerjanya rakan2 persekitaran masa semualah

indah~~~

hari ni mak tak kerja bestnyerrr
aku bangun pun dah 6.15
kalo lambat mandi alamat subuh gajah lah jap lagi

mandi2 dah setengah jam... tak sedar
hehehe sembahyang subuh , kering rambut n get ready to office

alahai jem pulak pasang lagu dengar JOHARA
urmmm ni lah detik2 terakhir kehidupan di KL ni
petang nak anto label kat customer di Bukit Antarabangsa
pastu tgklah merayap ke mana2 pasal nak cari microwave.. dah mintak izin kat hasben and he seems happy coz i was like happy to live with him

hek hek.. seyes happy

terpikir nak masak ape lah nanti.. takpe u will know what todo when the time has come
tak apelah life is short dont be greedy naddy.. do things that u can effort to do unless it is not in syarak ways ... avoid!!!
kannn sape nak rugi ooi

ehh tetibe nampak labah2 lalu.. kawan i kate kalo nampak labah2 rezki nak masuk
yes..positip je
allah tu kan maha memberi. kalo rezki tak kemana

oklah till here je lah
ada masa i upload gambo di sana sini

salam isnin


Thursday, September 20, 2012

AKU LETAKKAN JATUH BANGUNKU KERANA ALLAH

SALAM JUMAAT

bertemu kita lagi dalam segmen kisah dan iktibar
ok verangan jap nak ada talkshow sendiri

DOA DULU YA PARA PENONTON

ya allah ya tuhanku permudahkanlah urusan ku dalam semua lapangan

kau bukakanlah pintu rezeki ku seluas alam ciptaanmu begitu juga buat sumiku

kau berikanlah kesihatan yang terbaik pada aku juga buat suamiku

kuatkanlah  tautan iman ku dan juga suamiku

panjang umur yang berkualiti aku dan suami dengan ibadat dan kesejahteraan ke atas semua orang

serta murahkan rezeki kami dengan memperoleh  anak-anak yang soleh solehah yang berkualiti di dunia dan di akhirat

JUGA BUAT IBU BAPA KAMI yang tercinta kau berilah segalanya yang terbaik pada mereka yang tersembunyi dan yang nampak agar mereka sejahtera di dunia dan di akhirat................

juga ya allah berilah kebaikan pada kawan2ku,
 jiran2ku dan semua hambamu di bumi

yang kau limpahkan segalan rahmat dan rezeki dan

moga2 semua yang membaca entri ini diberika nikmat yang tidak terhingga ya allah.. ampun kan dosa-dosa kami ya allah



DOAKU buat insan yang SEMUA YANG kucinta

ALHAMDULLILAH~~~~

back to mrs axfar

nak jadi presenter hehehe start with du'a dulu k

ya allah.. hatiku gundah gulana tapi memikirkan mengikut suami itu wajib maka aku akur walaupun masa depan yang cerah menanti di sini.. insha'allah

tapi aku menulis di sini bukan kerana aku kecewa tidak sekadar meletakkan satu entri yang menguatkan keinginanku untuk berada di sisi suami

redha suami maka redhalah allah padaku
tanpa izin dan kegembiraan suami aku takut untuk terus di sini
biarlah aku berbakti selagi aku masih bergelar isteri

allah sedang menguji samada aku toleh ke kanan atau ke kiri
semalam emak pesan...

dah dapat suami yang baik kenapa anak takut?? takut nak hijrah?
jaga suami elok2 pesan mak
ringkas aje tapi maksud ayat dan nada tu serius
aku ngerti (eh feeling indon tetibe)

tak apelah kerjaya di mana2 and aku still di bumi melesia
yang indah dan pintu rezki di mana2 janji kita berusaha
seikhlasnya dan dengan kekuatan sang suami di sisi tak mungkin aku tewas
allah bersama aku dan suami.. aku yakin

suami ngan aku bukan sekadar nak duduk berdua tapi aku nak berubah!!!
insha'allah untuk membersih hati kudus yang selama ini lapar tanpa makanan rohani

ILMU AGAMA ISLAM
ya allah kau impikan syurga allah tapi kau tidak langsung cuba nak tou up kredit ke akaun amalan
cukup2 sudah(nada lagu keh..)
aku nak merubah jadual hidup menjadikan dalam 24 jam itu ada ruang untuk kami belajar n belajar berdua

mahukan nikmat dan pahala suami isteri dari allah swt
kami yakin dan aku pasti meninggalkan apa yang ada sekarang menjanjikan sesuatu yang miracle

janji allah itu pasti
hati ku tenang

BERAYA BERSAMA DI ISTANA BUDAYA- muka i di m-star online paper

 

 

cer teka mana i u ollsss????

HIBURAN

Penerbit Teater Tidak Berduit Dilarang Bekerjasama Dengan Istana Budaya

Muhamad Juhari (enam dari kanan) bersama para pegawainya pada majlis jamuan di pejabat pentadbiran baru Istana Budaya pada Khamis.

KUALA LUMPUR: Penerbit teater di negara ini yang tidak berkemampuan tidak lagi dibenarkan untuk bekerjasama dengan Istana Budaya berikutan penarikan diri beberapa pementasan kerana kekangan kewangan yang dihadapi mereka pada tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, Istana Budaya benar-benar kecewa dengan sikap sesetengah produser baru yang membuat keputusan itu kerana ia telah menjejaskan kalender program yang telah disusun dalam tempoh setahun.
“Pihak saya tidak akan mempertimbangkan mana-mana produser yang tiada wang tetapi berhasrat untuk menerbitkan teater di Istana Budaya kerana bimbang mereka akan menarik diri pada saat-saat akhir.
“Jika perkara itu berlaku, ia telah menjejaskan kalendar Istana Budaya yang telah disusun selama setahun selain membabitkan kerugian lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada mStar Online pada majlis jamuan di pejabat pentadbiran baru pusat kesenian itu di sini pada Khamis.
Mohamed Juhari berkata, sebanyak lima daripada 16 pementasan telah menarik diri pada tahun ini kerana sukar mendapat penaja sehingga menyebabkan pihaknya terpaksa mencari pelbagai alternatif lain untuk mengisi slot yang telah ditempah.
Bagaimanapun usaha mengisi slot kosong tersebut menghadapi masalah kerana kebanyakan penerbit baru tersebut hanya memaklumkan kepada pihaknya pada saat-saat akhir.
“Akibat pengalaman ini, pihak kami terpaksa melakukan “pelan B” iaitu memastikan slot-slot yang kosong itu diisi dengan karya terbitan Istana Budaya sendiri pada masa akan datang,” ujarnya.
Beliau berkata, selama ini Istana Budaya berusaha untuk memberi peluang kepada penerbit-penerbit baru berkarya selepas menerima rungutan kononnya pusat kesenian itu hanya menerima kertas cadangan persembahan daripada individu-individu tertentu sahaja.
Tambahnya, akibat rungutan itu pihaknya membuka peluang kepada banyak penerbit baru tetapi akhirnya mereka menimbulkan masalah kepada Istana Budaya.
“Sebab itulah pihak kami tak mahu ambil penerbit baru lagi kerana mereka tak ada wang. Kalau penerbit-penerbit yang sudah berpengalaman, masalah itu tidak akan berlaku,” katanya.
Sehubungan itu jelas beliau, mulai tahun 2013, Istana Budaya akan bersia sedia dengan karya-karya daripada produksi sendiri agar masalah berkenaan tidak akan timbul.



boleh jugak tengok kat http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=%2F2012%2F9%2F20%2Fmstar_hiburan%2F20120920152630&sec=mstar_hiburan

SELAMAT HARI RAYA WARGA ISTANA BUDAYA lots of luv from axfar

Wednesday, September 19, 2012

SUAMI ku yang best

salam muhibbah frens

haha tak tahan tajuk post tuee...
aii suke ati lah belog i.. i nak tulis suami ku hebak ke cool ke...
ade ke yang nak tejuih bibir tueee
ape pun citenyerrr.. i je yg tau ahaks...

ehhehe sori lah kalo muntah ijo
T________T

WEEE
sonoknya tak lama lagi kami akan duduk bersama
makan bersama
segalanya.. insha'allah
dah 8 bulan kawen n ingatkan kami akan pjj lame3
pjj stand for perkahwinan jarak jauh...

tak lama lagi kami akan dok menyewa kat joho
hurmm even its not our owh house but i do appriciate coz meimei (panggilan nickname hasben i)
dah usaha so we can live together
meimei call semalam..alahai kesian balik lambat...
coz now he's looking for part 6 stdent
so dia kena pantau....cian..tapi kalo i dok sane jgan tgal i lame2
nanti rindoooooooo...heheh gatai...

aku ni tak biase dok sorang... so mintak2lah awak tak tgal owang
hehehe... kalo kena kerja ape nak wat
ko nak makan pasir ke aspa???

hehehe tanakkkkkkkk...
i tak tgk lagi hows the dalam rumah..dapur..bilit tidurr aww
ruang tetamu...sumelah
entahlah walaupun ramai kate takyah deko pasal it just umah sewa
eh
suke atilahkannn... teratak i..tekak i lah

kitekan nak duduk situ..walaupun rumah serba sederhana but looks castle for me

banyak jugaklah idea simple2 to deco our house
saje.. yelah yang nak menghadap umah tu i lah 24jam
lagipun saya bakal menjawat jawatan housewify
so lagiklah kan.. duit ni tak berapa nak menggunung tapi hasrat hati nak deko umah cam satu semesta ha...camne tu timah?? takpe kite wat seadanya..yg termampu yang hado

sesialah aku seandainya daya kreativiti yang sehadonyer ni tak digunakan
ada jugak hari tu cakap kat hasben nak cat umah serba putih...
dier kata..wak catlah sendiri... HOKEHHH akan kubuktikan
laksanakan.. bukan susah pun.dulu masa blaja design furniture mak potong kayu yer

cat perabot asah kerusi...mampu?? mampu kan wanita-wanita semua
aku verangan nak cat pago kaler turqoise alah2 bintage
hehehe suami sila sokong eh... yelah wak soh berenti keje so kalo boring2 i ngecat yer

hurmmm ada juge riki2 idea tgk ikea punya style design.. n seriuosly kalo aku anak raja parsi dah lame aku tunjuk je ape aku nat beli kat ikea... tapi takpe.. seadanya

insha'allah boleh kot.nanti kalo meimei bagi i upload gambo umah sewa kami sebelum dan selepas hehehe.. saje nak ajak korang2 sume mari mendeko bersama diri sendiri

yelah daripada boring2 ngadap tibi sampai gemok baik kiter beraktiviti..seronok kan
bukan ko je suke laki ko pun hepi

ye dak.. ok bertemu lagi on next entriii

dadaaaaaaaaaaaaaaa...

Monday, September 17, 2012

DOA DAN MIMPI SEDIH

salam semua
pernah tak korang merasa sedih??

sebak?
well im not doing well on this moment rite now
susah kalo kesilapan tu dilakukan oleh orang yang kite sayang.. oppss paling favourite

terdetik di minda untuk lari jauh
tapi banyak yang perlu dikorbankan
masa
cinta
jiwa
dan
................................. nangis atau air mata

kadang2 orang yang kita sayang paling banyak membuat kite menangis
pada orang lain i tak tahu

but for me.. theres always a test.. test to make us fail
and satan try damn hard to win ur heart

manusia ni selalu or kdg2 lupa bila dia disayangi
dia angkuh dan sombong
bila dicintai dia khianat tapi bila ditinggalkan dia tamak segala

aduih... kalo dikatakan dia bersyukur pasti dia tidak berani bermain dengan kasih sayang

nampak lembut erti kasih sayang
tapi manusia selalu buat ia jadi buruk seburuk buruknya

syukurlah andai diri anda diberi kesempatan untuk dicintai kenapa perlu berpaling kalo telah dikatakan sempurna serba serbi

tapi tanpa noktah manusia sering bermain kotor
ohh allah andai insan tu merasa dia telah mendapat sesuatu darimu.. dan dia rasa barakah
pasti hatinya lurus... wangi selalu

tapi kalau dia kalah angkara nafsu dan hasutan si hitam.. dia pasti akan melukakan dan
banyak air mata yang jatuh

jangan selalu begitu sebab allah juga menduga kamu
hari ini kamu menang selalu memang
tapi dia pun ada HAK untuk gembira andai telah tertulis untuknya...

semoga hati tenang
walaupun bukan story tentang diri

tapi BACK TO ALLAH
solat
baca quran
zikir

resepi penenang hati
hanya allah dan kite

manusia itu hanya manusia

LABEL CLOTH by al raqia@dr siti sara

assalammualaikum

again hari ni entry sume pasal label cloth hehehe

dah lame janji nak masuk so... lets take a look ya :)

ni adalah design by DR SITI SARA .. BOLEH tgk blog beliau


a cool person n talented businesswoman who fight for muslima needs



inspired her so so much

wanna be like her.. i mean her lifestyle which ALLAH is all she need!!!!


cantik sgt collection al raqia.. serius selesa


beautiful muslima by al raqia





we with AL RAQIA collection and label cloth

to dr siti sara... BARAKALLAH

TEASER LABEL CLOTH by pearl angel butik

SALAM HAI PEOPLE

ini adalah salah satu label cloth yang telah di design by PEARL ANGEL butik sendiri

so jom tengok

pearl angel ni menggunakan material damask dengan 1000 pcs kuantiti

 credit pearl angel

besar ni lebih kurang dalam 2 cm tinggi kali 5 cm lebar

label cloth dapat membantu pelanggan mengingati jenama korang disamping sebagai free advertise

well uo to you

axfar the label cloth maker

produk yang kami tawarkan is :

woven labels dengan pemilihan material seperti

damask

tafetta

satin

needle loom satin

laser out

SEMUANYA BUATAN MALAYSIA
lets support local

CHAIOS ,, salam

Saturday, September 15, 2012

SERONOKNYER jalan-jalan with hubby

wak nak kick ape???
pemandangan dari BUKIT BENDERA

he love to pose like this kind of action


ko tungguuu
suke kan... wat cam ni



lompat lah sayang... sambil amik gambo aku asik jerit dah la... gaung kat blakang tu





pitam!!!

sekian penat upload

nanite  :)
to be continue

Friday, September 14, 2012

MASAKAN PERTAMA CHEF AXFAR

salam jumaat

hai semua.. cehh bajet host

hokeh rasanya ku akan mengaktifkan LABEL blog yang ini demi diri (yang suke makan) n my luvlyyy bubbly hubby dan sememangnyer sebagai istri i kena la blaja memasak... :)

hokeh hokeh nak tahu masakan pertama i

macam biasa sila tunggu

cehh bajet selebriti.

till here.babai

Thursday, September 13, 2012

AXFAR HANIS - MUSLIMA CASUAL DRESS

assalammualaikum
 
LETS CELEBRATE THE NEW OPENING
 
FOR ALL MUSLIMA
 
kite pakai dress pasni eh



AXFAR THE LABEL CLOTH MAKER

ASSALAMMUALAIKUM TO ALL PEEPS

HAI SEMPENA BULAN SYAWAL YANG BARAKAH NI I NAK BUAT PENGUMUMAN

SESIAPA YANG BERMINAT ESPECIALLY BUSINESSWOMAN YANG BAKAL ATAU SEDANG

DALAM PERANCANGAN NAK COME OUT NGAN OUTFIT OR ANY PRODUCT YANG

MEMERLUKAN LABEL CLOTH SEBAGAI SALAH SATU CARA KORANG PROMOSI

PRODUK-PRODUK YANG MEMANG MARBELES. KOWANG BOLEH DENGAN

SENANG HATI SAMBIL MENYANYI RIANG MENG EMAIL SAYE

axfarpurplemustard@yahoo.com dengan tajuk SAYA NAK TEMPAH LABEL
 
SENANG JE kan
 
nanti i akan bagi tutorial macam mana nak order
 
dan    dan
 
 
KATALOG LABEL CLOTH
 
nantikan k!!
 
pada yang tak tahu label cloth tu ape... kowang g amik satu t-shirt
selak dalam baju... bukan baju yang ko pakai tu.. baju yang ko tgah pegang tgk kat lubang nak masuk tengkok tu....
ada label kain kan ada jenama kan
 
haaaaaaaaaaaa... yang tulah!!!

Wednesday, September 12, 2012

DETIK YANG BAKAL PERGI TAK LAMA LAGI

ASSALAMMUALIKUM

hai people

pagi ni adalah hari 10 sebelum aku berhenti kerja

KENAPA QUIT????

kerana suamikoo telah bertitah, permaisuri harus dekat di sisi
adussss... aku pingin bangat duduk bersama nya

makan bersama
jalan bersama
tdo bersama opssss yelah takan aku tido luo umah plak kan
bercakaran bertumbuk  gaduh selalu
memasak gi kedai or  pasar sama2
semualah kalo boleh
dah macam kembo lah pulak tapi tak seiras.... walaupun aku cube mencari seribu persamaan tapi aku tetap nak kata your nose is totally MAKE ME LOVE U MORE syg u

tapi apakan daya


PUAN RAMLAH BINTI LIKI yang kucayanggggggggggggggggggggggggggggggggggg
 

mak tercinta tertinggal di PJ
aduhai bunda pasti ko akan terkenangkan kemalasan kemanjaan anak mu ini
segalanya tersedia rapi ... balik je keje mak masak nasi walaupun penat
aku tak berapa suke mak masak2 sgt pasal kesian kat dier tapi mak masak jugak
SEDAP pasal tulah aku mengamuk  marah
YELAH BADAN AKU DAH OVER SIZE

mak selalu tolong aku dalam kesusahan..banyak
tapi aku cerita satu moment...

masa aku blaja IDE dulu nak finale
aku angkut mak (beria nak ikot pasal tgk aku dah macam zombiee) g umah sewa tolong aku.sedih sayu ingat balik semua tu
aku memang tanak nyusahkan kawan2. kalo kawan2 susahkan aku aku suke pasal aku puas mana aku bleh tolong aku tolong
bukan tunjuk baik walaupun kite as muslim dituntut untuk baik ngan semua kan
setiap org ada kepuasan berbeza pada aku
something is better than nothing

percayelah walaupun kita tolong sikit je
ALLAH tu maha kaya dia akan tolong kita pada episod yang lain
jganlah rasa rugi tlg org

ok back to mak
malam nak siapkan art work yang melambak tu, aku rasa penat walaupun mungkin ada yang rasa aku terok sampaikan bawak mak tolong... tak delah aku bg mak kerja terok just potong gunting pastu kol 2 pagi mak aku nak tdo HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA

ok mak  tidurlah
tapi tgk mak kekuatan danKESUNGGUHAN KU BERTAMBAH

N ON THAT SEMESTER AKU dapat 3.94
dasat tak
DOA MAK KAN??????

kowang rasa mungkin remeh tapi melihat ibu itu ibarat MELIHAT KAABAH
kata mak pada ku.. maknanya mak kita sgt hebat kan!!!

seyes... aku syukur sgt2
mak org lain mungkin tak berpeluang wat cam tu
spent time together

tapi aku pk2 balik sweetnyer
dari tadika sampai degree mak tolong aku wat kerja sekolah

HAAHAHA.. mak, thanks mana nak cari mak macam ni
?????

En. HASHIM BIN AHMAD Yang terbaik dunia akhirat


berkorban jiwa n raga
sanggup susah demi anak2.... satu pasal mak aku ni aku kagum
duit ringgit bukan ukuran

seyes biar habis duit gajinyer.. aku agak2 lah
sanggup kalo anak2 nak mintak... kami mintak untuk belajarlah
dan keperluan diri

mak mesti bagi....mesti
aku pun pelik.. PELIK
tak shopping ape pun
tapi aku ni...... aku ni....
moga allah jadikan aku seperti dia

DAN MOGA SYURGA PERTAMA BUAT MAK KU YANG BERHATI MULIA JUGA BUAT ABAH TERSAYANG

(doaku ini selalu)


entahlah mak org selalu doa juga nak dok dekat ngan mak
nak tgk mak selalu... walaupun hakikatnya mak yg jaga aku sampai sekarang

YA ALLAH SATU HARI NANTI DEKATKAN TEMPAT TINGGALKU NGAN MAK N ABAH OR MAK MERTUA.

dari tadika
diploma
degree
keje pun satu kementerian... g sama2

skang org dok JB ngan meimei
mak jaga diri..jgan nangis jgan pk sgt benda2 yang menyedihkan... mak suke touching....
dulu aku macam mak

tapi aku tahan kan diri
pasal aku tau takot kalo satu hari aku jauh dari mak aku akan lemah jiwa n mental

so aku decide
B STRONG NO MATTER WHAT

ok to all peeps out there
love OUR PARENTS k

barakallah~~~

daaaa............... sob sob sob




Tuesday, September 11, 2012

KE PENANG PRE - HONEYMOON

ENTRY LAME HEHEHE

SALAM SALAM SALAM
SALAM MAULIDUR RASUL
JOM SELAWAT SELALU K!!

Aishhhhhhhh
sedehnya suami ku udah pulang
sobss sobsss
hari tu uzma skang b pulak
hurmmm

sonoknya
semalam masak maggie tomyam untuk hubby
MALAM PERTAMA KU MEMASAK
and even its only
MEGI tomyam
tapi melihatkan kesungguhan beliau MAKAN
syahdu je rasa
tak tahulah dia buat2 sedap ke
buat2 lazat ke
belakon macam iklan megi hirup2 mangkuk ...
makan sampai abis kuah... siap senyum macam makan kat 5 star hotel sambil menang cabutan bertuah ghupenya...

aku rasa AWESOME
HAHAHAH
walaupun megi...thanks la syarikat megi pasai rasa cam first time KEMARUK masak megi
and bagi org makan n org tu kata SEDAP
YEAYYY

ISHH kalo citer pun korang takan paham..melainkan korang kat tempat aku
tapi the worst part is tak SNAP gambar masakan pun... :P

WELL WELL WELL
seperti yang dijanjikan

entry kali ni gambo first bulanmadu kami di PENANG
bukan apa memanglah TAJUK UTAMANYA GEMBIRA
JALAN2 BERSAMA
tapi it is more to our interest

1.JALAN2 TGK TEMPAT ORG

2.AKU LAH...YANG PALING EXCITED NAK MAKAN MACAM2 KAT PENANG MENGALAHKAN ORG DAH 10 TAHUN TAK BALIK MALAYSIA

3.SAJA ADVENTURE CARI TEMPAT JEJALAN SDR...YELAH DAH 26 TAHUN DOK NGAN MAK N ABAH...JADI TAK PENAH DATING LUO DARI KL...SO KIRA DAPAT LESEN PENUH LA NAK DATING SAMPAI LEBAM PUN KAN..HAHAHHA..YANG PENTING HALALAN TOYYIBAN..PAHAM!!!

4.SAJA NAK LALU JAMBATAN PULAU PINANG PASTU NAK MAKAN NASI KANDAQ PASTU NAK MAKAN PASEMBOQ PASTU PASTU PASTU TAK LARAT NAK TULIS PASAI MACAM2 huhu..bila lagi kan....

5.KALO BOLEH NAK BAWAK MAK N ABAH...tapi 8 per sepuluh dari kawan2 aku tak setuju bawak parents..ish ish...bikin sedih...tapi its not because of them i tak bawak parents but personally my mum YANG SURUH WE GET TOGETHER N have fun......thanks mak!!kalo got xtra moneymoney org bawak mak n abah n family g tempat2 vacation yang best..INSHA'ALLAH~~~~~THIS tme kami pi dulu :)

SO APA LAGI????

JOM TGK GAMBO KAMI DALAM SEGMEN BULANMADU (KAMI RASA NAK PI OBERSEE CAM CITER MELAYU KAT TV...G  HONEYMOON MESTI PARIS...LONDON... TAPI TAK MAMPU KE TAHAP TU LAGI...insha'allah next time..DOA DOA


PULAU PINANG,MALAYSIA KU TERCINTA...MUACKSSS



tu tuuu dah nampak TOL nak masuk Penang..aku terbangun dari tidur setelah terik mentari terasa di pipi..
jaga2 terus hubby kata dah nak masuk Penang...huhu sian dia penat drive from KUALA KANGSAR :)
da lama tak datang sini rasanya last2 dulu sekolah rendah g...WELL IM BACK...sonoknya





DARI MATA TURUN KE HATI

SALAM LEBARAN

eh masih rayer ke?
masih masih

di kesempatan yang tersempat ni i axfar hanis
nak meminta maaf di atas ketelanjuran eh... kesilapan sayer yang tersurat n tersirat.. kann...

mana lah tahu ada yang terguris hati tercalar jiwa terluke sengsara

omangaihhh... terok sgt dah tu

ape pun maaf ek

oklah bercakap eheheh cam host plak

dari mata turun ke hati????

well... ko setuju tak kalo ada yang memandang rupa harta baru geng
kalo baju selekeh rupe itam lekit tak pun putih comot org tak suke..kang ada plak kate i racist skin...

entahlah pada i berkawan ni atas dasar kemanusiaan especially kalo dia seagama ngan kiter... aku lagi suke kawan... baik budi bahasa.tak delah bersastera bagai cukup sekadar dia tidak menampakkan kejahilannya bile bercakap or pada aku org2 yang kurang motivasi n tak pedulik perasaan org ni duduk dalam kategori BAD PR tahu tak??? maknanya dia ni dari segi komunikasi memang out.dier cume melayan kerabat2 n kroni2 dia saje.org lain hina belaka..hhaha... kenapakah aku???

ok maaf yerr banyak makan daging masa raya
sori2

alahai kesian tau... janganlah memandang rupe harta.allah swt jadikan kite semua sama.ada sekeping eh seketul hati yang memerlukan layanan yg setara.

oklah off topik ni.. cam emo pun ada aku ni.. apepun i memang melatih diri agar bersangka baik ngan semua walaupun unperfect i try try try to be good to people

cume kalo ada yang rasa aku ni memilih nak sembang ngan org... its not me hokeyyyy melainkan empunye diri tu dok depan cermin dan cube anda berbual ngan diri sendiri......

KO AKAN KATA 'HURMMMMMMMMMM PATOTLAH'

salam satu malaysia

ni untuk tatapan korang jewww

ni kawan baik aku masa belajar wawa yang comei.. sape nak tackle sila sila
cun available!!!!wawa ni good listener :)
gitewwww lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
 
 
 
ni dayah kawan baik aku masa belajar UITM
dia baik sgt2.. skang dah jadi mummy to cute baby
tahniah dayah faiz
yang baju coklat pun my bestieee
ONN tgu dier bersalin jugak... muah kowang memang baik


hokeh till here je rini k.. daaaaaaaaaaaaa


aku suke kawan ngan semua bukan yang islam jewww
semuaa semua semua tak kra bangsa agama

:) peace!!!!

SELAMAT HARI JADI SUAMI kooo syg yang belated

sayang ni actually untuk awak dah lama dah tulis, saja puvlish lambat sikit...
jgn mare ehhh
 
4 june 1984
sayer?
4 julai 1985
auwww
 
dengarlahhhhhhhhhhh (suara jamal abdillah)
 
jap sebelum tu untuk lebih barakah jom layan ni dulu
 
salah satu cara mengamalkan ayat seribu dinar.
 Dilakukan selepas solat fardhu.
1. Membaca alfatihah 1 kali
 2. membaca selawat ke atas nabi 3 kali
 3. Membaca ayat seribu dinar dengan bilangan ganjil 1, 3, 5, 7 atau 21
 4. doa ” Yaa musabbibul assbabisabbib”
cara yang lebih afdhal ialah membacanya selepas solat subuh dan asar dengan bilangan 41 kali
bacelah k

WAMAYYATAQILLAHA YAJ’ALLAHU MAGHRAJAN.
WAYARZUKHU MIN HAISU LAYAHTASIBU
WAMAYYATAWAKAL ‘ALAALLAHI FAHUA HASBUHU
INNALLAHA BALIGHU AMRIHI QADJA’ALAALLAHU LIKULLI SYAIN QADRAN.
 
 
ok gini kisahnyerrrrrrr
 
 
ALHAMDULLILAH…Thanks  TO ALLAH..
A million thanks!!!
 
Day by day
Dulu perasaan takot nak kahwin selalu ada… asik tengok  drama kot..bukan nak salahkan drama .. but all the stories is based on earth so… blame who???
 
Komitmen!!
Tup tup dah jadi isteri org…isteri pada seorang yang saya kenali 6 tahun yang lalu..kenangan Uitm shah alam
It’s a long journey..TRUE
Tengah senyum nieee…terbayang masa memula jumpe
Banyak persoalannya  rahsia allah niee  (biarlah sesuatu ini saya simpan)
Senyum…………
 
Tuhan meletakkan seribu rasa berbalas seribu cerita
Cantik di mata tapi still tak pasti betolkah dierrrrr
(my eyes k)
Cantik di mata maksudnya molek, or  oklah  semualah
Tak banyak cakap coz I talk more than needed plus kalo ngantok siap boleh merapu melalut
But once we knew each other
And him was like hurmmmmmm…not bad
hikhik
 
To find a soul mate is like searching for a cable network
Sometimes its blue and once suddenly its turn to green
 
But its  allah wills
KUN FA YA KUN~~~~~
 
Atas akad yang telah diucap,kompang telah dipalu, meja dihidang enak …
lagu SELAMAT PENGANTIN BARU Diulang-ulang tambah meriah..ishhhhh
pakai baju rona ungu…ungu kotor…dusty purple..
 
walaupun make up dah nak cair…sang arjuna belum sampai-sampai lagi
my beloved friend NORIME from IB, setia menemani..memujuk…
sabar…well its her…tq  allah for bringing a good fren from heaven J
 
pengantin sampai…fewwwww…nasib baik tak ujan..memujuk hati..tak apelah
allah dah letak cerita kite mcm tue
ada pelangi selepas hujan … selalunya
yesss…
itu janji allah
 
the story will b continue…on the next  entry ~~~
 
okeh bace lg
 
first day and now its 4 JUNE 2012 (ari tu lah eh)
WOWOWOWOWOWOWOWOWOWOWOWOW!!! Eh ALHAMDULLILAH
Thanks to mother in law..Puan Seripah and arwah ayahanda  HAJI abdul aziz kerana membenarkan saya menjadi peneman hidup anakandamu MUHAMMAD AZMIL BIN HAJI ABDUL AZIZ
Juga buat mak dan abah tercinta kerana menerima DIA..dalam hidup saya
Srotttt..srottt … sebak
 
Dia melayan saya seperti watak isteri di dalam novel2 melayu
Indah~~~ speechless
Support me day n nite
 
Sometimes..i felt he can read my mind
Nak pakai baju ape beli warna ape…nak makan apa..
Scary but its turn to easy
Knowing him as his wife
J
The worst part.. not that worst lahhhh…
Kalo ada bulan mesti ada matahari kalo ada ketupat mesti ada rendang
Gaduh gaduh jugak..biaselah..tipu kalo saya katakan saya tidak merajuk..dia tidak terasa
Angin tsunami walau jarang2…sya le tewwww..eh dia jugak ada sikit2..hehehe
Tapi dia selalu ingatkan kami bukan lagi berkawan tapi dah berkahwin
Perangai ada yang perlu di ‘alter’… penambahbaikan
Hormat dan tidak childish
Maklumlah dulu-dulu membesar dengan cara yang berbeza
Sgt berbeza… antara budak PJ n KUALA KANGSAR
Manalah nak sama sgt..so di sinilah agama menjadi penyelamat terbaik
True…DR SITI SARA…WHAT U SAID..admitted!!!
Keluarga tanpa agama just like rumah tanpa tiang… kalo rumah tu rumah kampunglah
Kalo rumah teres umpama… rumah tanpa atap…panaslah…segalanya Nampak..
Cehhhh metafora bagai….
 
Jadi di sini
Tanpa noktah…saya ingin sentiasa meminta maaf dan memaafkan..awak..dan semua orang…
Sebelum melalut jauh le laut…
 
Dengan lafaz bismillah
 
SELAMAT HARI LAHIR cinta
Semoga pernikahan kita menjadi asas permulaan kekuatan kita kepada allah, be a good muslims dear hubby
 
Dclrae: 4 oktober / 1st ramadhan
Bufday awak : 4 june
Bufday orang : 4 julai
Tunang : 4 julai
 
Ingat tak dear????.................
 
Sayang awak
 
LOVE axfar hanis
Unperfect wife / working hard to b cool housewife
tq