Saturday, November 2, 2013

CINTA ? bahagiakah selepas kawen?

salam ahad

musti orang akan rasa geli geli kan kalau cakap pasal benda ni...gals..boys...

alahai admit jelah u olls penah feling cintun
and end up crush kat some one

well cite pasal love ni...I VE FOUND 1...mashaallah
allah is awesome

sending me ma truly love
kekadang over expose bout hubby such an annoyed
but seroiusly marriage life sebijik cam kau pegi kedai buah
penjual kata manis-manis semua kak...belilah...rasalah

kau pun makan buah yang penjual tu kopek  kupas lebih seswai heeh
makan2 manisnya...kalau g ngan laki ko pun bulatkan mata kat suami konon nak promote yang buah tu sedap...laki ko pun..ok belilah...simple..eh mana satu nak cite ni..buah ke cinta

hokeh2 back to track...

ada langsat
ada betik
ada rembutan
derian
manggis
pulasan
leci
anggor

macam2 buah ada macam tu juga jenis2 lelaki kat dunia ni...

rasa buah pulak ada beberapa jenis

ada masam
kelat
manis-nasib ko baiklah...rezki
pahit
yang berulat - haha
layu
hitam hitam macam dah busok


macam tu jugak perangai lelaki...macam2 pesen
apepun berbalik pada kita.... macam mana nak pilih
im not saying all mens are annoying....but back to their lifestyle

masa kawan ngan suami dulu.. aku rasa aku suka sebab...boleh cakap aku rasa ehheeh... bukan.. aku suka dia sebab he's kind of lembut bukan adik2 weh... tapi cam soft hearted kind lah jugak.. aku pulak nampak jelly tapi kasar

takot2 sg orang rejek pasal tulah aku boleh ingat momen2 indah cinta monyet
zaman jahiliyah... tapi sebab stok boifren taklah ramai cam org lain n masa kapel semunya pendek tak sampai sebulan 2... so aku rasa alhamdullilah..aku kawan ngan meimei almost 6 years haha lame tapi sebab sedikit kekangan kami kawen lambat sikit.. n now alhamdullilah kami dah bersama

well after kawen 1 year aku dok asing..living with my mum
n he work in JB
then dia kata dah berenti keje PINDAH...... n now aku dah kat sini

WELL back to mens mens mens

macam mana nak tahu dia lah kite nyer soul mate before kawin
aku pun tak dapat nak jawab

tapi itulah aku rasa be steady n get ready
go with the flow
kalau rasa best ko buat n tak datangkan mudarat
kalau rasa tak elok... avoid
tapi biasalah gaduh2 sikit mesti ada...yelah ingat tak masa kita mula2 belajar memandu asik2 silap je..tak tgk jalanlah..lupa tgk kri kanan

salah masuk jalan... kena hon berkali2 pasal salah masuk
aaahhh macamtulah sikit2 kaitan nya kalau dah kahwin

akan silap macam2 tapi silap macam2 tulah buatkan kita membetullkan ape yang salah

lama2 ko dah tahu apa nak buat macam mana nak handle
janji pegang satu benda redha allah bila suami redha

nak g keje salamlah suami
aku bukan chef tapi masaklah pape pun letakkan doa dan selawat sikit
mohon makanan sedap n jadi barakah untuk suami lebih cayang
ahhaha... ikotlah kalau ko rasa nak follow cara aku
ikotlah

tapi aku tak mampu g nak g salon hari2
mekap pakai mac.. baju lip lap depan suami
so itu jelah amalan kecik yang aku wat

bahagia tu bukanlah terletak 100 peratus pada apa yang kita buat atau fikir
tapi kalau HATI kita senang tenang~~~~~ APE kita buat pun happy

kegembiraan dan bahagia tu boleh create
macam tu jugak berkahwin... kalau sape kata kahwin ni ibarat perjudian
hahha memang taklah.... judi kan haram

tapi kahwin ni letakkan kerana allah...semua untuk allah
kalau rasan sedih dek perangai suami... ko throw back semula
kita pun tak perfect sebab allah nak uji kita balik atas kekilafan kita dulu

so be redha
life is not forever
segalanya nampak susah selagi belum capai apa kita nak
but once its done n u ve been through that hard level
korang akan kata

yeahhhhhhhhhhhhh

WHATS  NEXT   hahahaha... ini tujuan menguatkan hati dan mental
sekiranya terluka atau rasa disedihkan
tapi ingatlah .. ni ingatan tok aku jugak

hari2 yang tak ok akan berlalu
so chill lah....

ape pun may your day be cheerful
lastly aku sayang malaysia



ni layan lensa aku masa raya di maktab


with maths teacha cikgu lina

its raya peeps

duduk kat meja satay
haha heaven

alhamdullilah menang pertandingan kad raya among staff

depan rumah arwah opah n tok liki
banyak memori 

with students

raya di grik
lovely mak with her relatives

untill here

LOVE WHAT U DO
LIVE WHAT U HAVE
BE THANKFUL TO ALLAH

always


























Friday, November 1, 2013

BAPAKU SEORANG PENIAGA PART 1 - I LOVE ABAH

SALAM PEOPLE

ALAHAI... skang ni syahduu nya dengan lagoo sumaiyyah
mak aii... ayat2 memuji betapa tingginya darjat wanita espeically dalam menjalankan tugas sebagai wanita Islam

oh aku baru nak sedar baru nak belajar baru nak pegang apa itu Islam
oh manisnya menjadi wanita Islam

lagu ni kata sabarlah keluarga yasir....pilih syurga...korbankan nyawa...
kalaulah semua umat pegang kata2 dalam ayat ni al pastilah
cemerlangnya kita semua kan kan kan
jom doa ramai2

ok skang aku rasa nak cakap pasal syukur nikmat
aku ni taklah tergolong dalam kategori kaya raya.... petik je semua ada depan mata
tapi entah kenapa aku tak penah rasa susah n u know what my lovely abah seorang
PENJUAL NOODLES DI PASAR MALAM....

bagi aku profession abah aku ni teramatlah hebat
bukan sahaja dari segi pendapatan tapi disiplin
kesungguhan dan satisfaction

skang aku nak cerita kronologi abahku sebagai seorang penjual di pasar malam

alhamdullilah walaupun my abah was not a corporate or pegawai tinggi
kuar universiti gaji ribu riban...but he 's manage to gain a lot of things in our..our life

abah akan bangun pagi untuk menunaikan tuntutan sebagai seorang muslim
dalam jam 7 pagi abah akan keluar rumah pergi pasar di pj
lepas tu balik rumah semula packing mee...kuey tiow...masukkan air dalam tong..such..
lakukan persediaan nak meniaga petang nanti
dah beli cili, bawang, bakso, sayur, daun sup, bagai2 lagilah

lepas tu dalam jam 10 or 11 pagi abah akan pergi buat ayam kat kedai ayam di mentari..sekurang-kurangnya 40 ekor sehari...kadang2 dia sembelih sendiri dan dia akan basuh sendiri dan storage ayam2 tu elok dalam plastik untuk dibawa ke klang bagi proses seterusnya

ok dulu2 masa masih belajar dan tinggal ngan parents i still follow my abah do all the routine
apa yang aku tgk abah aku teliti basuh ayam
nampak putih bersih ayam tu...abah basuh dalam baldi besar dan air yang melimpah2
sebab kenapa? bukan membazir air tpi nak bersih sebersihnya

abah lakukan dengan cara beradab pastu masukkan dalam plastik besar 
ikat kemas2 dan masukkan dalam van 
oh hahaha
ko jangan main2 my abah akan susun plastik ayam tu dengan kedudukan paling kemas..
sama dengan sayur, bakso dan geng2 bahan masakan yang lain
bukan main tibai je letak...semuanya kemas teratur
plastik paket mee pun dah ada tempat
pendek kata bahan masakan ni dah ada tempat masing2 setiap hari
abah dah khususkan tempat masing2..
takde percampuran....umpama saf2 yang ditetapkan

AKU TENGOK DAN KAJI DIRI AKU!
di situ aku nampak kenapa aku suke interior design DAN kesenian
sebab ada genetik yang sama ngan abah mengalir dalam darah aku...
betullah kan???
AKU berangan nak rumah yang praktikal dan susun atur yang menarik
biarlah profession abah tidak hebat...

tetapi satu yang aku pegang
allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kita sendiri tidak bangkit dan ubah sdr
aku berjanji...actually dari dulu lagi..aku bangga dengan profession abah aku

aku doa pada allah...buat permohonan pada allah
semoga allah tingkatkan kerjaya keluarga dari satu generasi ke satu generasi dengan
satu peningkatan kerjaya yang baik...semakin baik dan cemerlang

yelah alhamdullilah
allah swt dah makbulkan
kini aku guru...suamiku alhamdullilah seorang pendidik
dan aku harap anak2 ku nanti dan anak buahku menjadi lebih baik
mungkin lawyer....hakim....saintis...professor atau lebih hebat ke bulan menziarah
planet lain ciptaan allah

bukan niat meriak atau menyanjung diri tetapi jika kelak anak2ku atau sesiapa sahaja yang terjumpa atau terbaca nota ini
percayalah aku hanya anak melayu di bumi bertuah ini yang mahukan atau impikan keturunan ISLAM yang mashyur sama seperti nama2 seangkatan seperti IBNU BATTUTA...IBNU SINA...
kembali berbakti di bumi ciptaan allah ini

ada pelapis
ada pengganti
ada yang sinis maafkan saya kerana ini salah satu ruang saya melakukan jihad kecil dan sehuma dakwah agar ISLAM itu teguh 

kita berjaya bukan hanya kerjaya professional tapi pandanglsh mereka2 yang berprofession
tidak seberapa glamer
lihat ketekunan disiplin dan KEHALALAN yang mereka suap ke dalam mulut....

kadang2 saya terfikir untuk menjadi tukang sapu sahaja
kerana saya tidak mahu berpolitik dengan diri...tidak mahu syak wasangka dengan alam dan keadaan
yelah mungkin pada saya yg jahil ini kelihatan kerjaya tukang sapu itu mudah dan hanya membuang kotoran dan debu
dan paling penting semua orang gembire kerana tiada habuk dan debu


GENG HEBAT -  ehsan google


ALHAMDULLILAH ADA YANG SUDI MEMBERSIH BUMI KITA
ehsan google


ehsan google
YANG SUDI ANGKUT SAMPAH DAN BAWA LORI SAMPAH
TQ KORANG MEMANG COOL PEOPLE


siapa lah kta nak menafikan
kekuatan mental dan pemikiran dorang nih
korang sanggup ke? nak ngadap sampah hari2...bau sampah hari2
apalagi tengok air sampah setiap rumah...setiap tong
kalau satu perumahan ada 30 tong sampah dan belum campur lagi yang ikat tak betul
main lempor je dalam tong..ntah kau makan ape minum ape
sampai busuk2 sampah tu tiba masa nak angkut dah lembik lonyek
korang punya sampah korang yang tutup hidung..aper cer
well same goes to me...sometimes dalam sesuatu hal melibatkan sampah ni im sure
surirumah surirumah pasti ngerti....

kalaulah tanpa diarong ni tak mungkinlah u olls semua dapat tido slesa dalam rumah
dapat jalan ngan gembira kat tepi jalan
dapat hirup udara segar kat keliling taman...just because of this fella
orang yang sagt2 BERJASA
yang kutipkan sampah kat rumah kita hari2
RIGHT!!!!!!SAYA SALUTE ANDA!

kat sini saya salute kat cleaners satu donia

dan selalu saya ingatkan diri saya

ABAH

KERANA ALLAH JADIKAN ABAH SAYA HEBAT

maka hari ini saya cuba jadi macam abah

walau berbeza profFESION

im standing confident in my own way






OK back on track pasal my awesome abah k

bila customer menyerang... oh i miss this moments!
ada yang merajuk
ada yang marah pasal lambat
ada yang mintak kuah lebih
cili lebih
sambal lebih
nak lebih2 ngan abah pun ada...hahha itu aku tampau!

geli wehhhh

petang dah start orang dtg beli
berbaris..abah jual murah...aku pun pelik
mana untungnya.... semuanya sederhana


yummy yummy encik meeee
mereka mereka inilah yang bantu saya masa belajar skolah...masa universiti
tq foods...u rocks!!!


well till here sambung lagi PART 2