Tuesday, November 13, 2012

BILE OPAH KE ALAM SANA TOK tA berhenti BERSIARAN

salam people

hari ni baru ada kelapangan menulis.
lama dah tak menulis, kesibukan peribadi dan sedikit kerja design n edit label menerjah masa2 ku

well life goes on
kita ni lahir ke dunia ditatap dengan penuh doa dan harapan oleh parents yang kita sayangi
allah beri kita nikmat rezeki dan kebahagiaan

tanpa kita sedar waktu tu berlalu berlalu hari demi hari dan dalam kekuatan atau kelemahan
kita di uji dan matang

pagi2 macam ni aku sering berfikir, mengambil masa dalam 5 ke 10 minit untuk revise kembali apa yang pernah berlaku atau apa yang akan aku lakukan kejap lagi atau masa hadapan atau 5 ke 10 tahun lagi... seronok berangan ni heeheh

tengah seronok dialun idea tetiba dapat panggilan.. panggilan telefon dari mak, hari rabu lepas.aku cool aje pasal duduk jauh so tanak panik.dengar baik2 apa mak cakap, katanya opah dah nazak!!

nazak?
satu perkataan yang aku rasa khas dilabelkan untuk orang2 sakit atau pun rasanya yang menunggu saat kematian kerana allah lebih sayangkan mereka.
dalam waktu itu suami pulak dilanda kesibukan di tempat kerja, tak mengapalah allah menguji ada hikmah, pasti!
malam kami bertolak balik KL, alhamdullilah dalam kepenatan dan fikiran yang kosong kami sampai, bukan menidakkan ketetapan illahi tapi anda pasti pernah merasa sesuatu yang kita paling gemari diambil sesiapa.. oh bukan tandingan contoh tadi lebih lagi...lebih

sesekali kenangan bersama opah mengigit hati, dulu-dulu masa kecik2 opah memang tertib, cara masaknya, stail pakaian nya, kebersihannya.. aku kagum kalau memasak jangan ada yang kotor.pantang tangan kotor pasti dibilasnya berulang kali, bedak sejuk buatan sendiri, berkebaya panjang berkain batik selendang panjang menutupi kepala alahai comelnya opah,

kecik molek cantik macam ada iras india peranakan kerana opah berkulit sedikit tent dan hidungnya mancung, kemas rapi opah... di rumah kalau nak keluar apatah lagi.. owhh opah

tapi tu dulu 15 tahun kurang lebih opah sakit, selepas terjatuh di rumah kami dan opah beransur-ansur kehilangan ingatan dan dalam tempoh 15 tahun itulah opah hanya baring dan dilayan anak2 yang mengasihi opah, dulu masa sekolah kerapkali aku lihat mak dan chuna melayan opah persis anak2 kecil, opah perlu memakai pampers, allah maha mengetahui opah ingatan opah semakin lemah tiada lagi kebaya panjang, kain batik dan bedak sejuk yang selalu ku rembat tatkala pulang ke kampung..

sepi
opah hanya baring dan kaku sesekali menyebut sesuatu yang tak bisa aku fahami, tak mengapalah sebagai yang sihat kita bantu apa yang mampu.

opah pergi dengan tenang, selesai angkat tangan seperti takbir dan diajarkan syahadah, opah mampu ikut walaupun ingatan nya bukan normal sebelum itu,alhamdullilah ini semua pengajaran dan cerita buat aku, jangan kita ingkar ayat allah dan menyakiti sesama muslim atau non-

pantas segalanya... opah bersemadi aman dan doa kami mengiringi pemergiannya
AL FATIHAH opah~~~semoga roh opah dicucuri rahmat dan dietakkan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh amin.

selesai opah dikebumikan mak dapat panggilan dari mak ngah di kedah, kami terkedu kerana kata mak ngah tok ta (panggilan nenek untuk orang kedah) sakit, bleeding. owhh allah menguji kami tenang, dalam kepenatan dan masih hiba esoknya kami drive ke kedah, aku syukur dapat menolong memandu abah n mak bertemu tok ta.

sesiapa yang mengenali tok ta...
tok rajin bersembang pandai kira2 dan meniaga, tok buka kedai runcit, pernah buka kilang padi
skil meniaga tip top
anak tok ramai 11 orang
tapi pak long dah tak de dah lama ke sana, al fatihah tok pak long yang tertib dan bersopan ketika berbicara

aduhai sedikit2 nikmat bekerluarga allah ambil.masa dan ketika telah sampai tiada tertahan walau kau HEBAT!

kematian itu pasti,
tok tenat, hari raya haji itu aku tak ikut, kata akak tok tenat, kak long pun kata camtu
aku tak terdaya berfikir tahap tenat itu

dan ketika sampai aduhai sayu hati tengok tok hiba menahan sakit, belakang badan luka dan terlihat daging dan darah, kesan baring yang lama dan kencing manis, dan kalau ada penyakit cenggini susah nak baik luka. tengok abah n mak penuh kasih sayang membersihkan tok, aku jadi cuak...

memikirkan mampukah aku seperti orang tua ku
kasihkan parents... sayu tengok tok peluk2 abah minta dibelai disayangi
tok pandang setiap orang yang tengok dia dalam2... dia dah tak mampu berbicara
owhh dulu2 tok suka bersiaran, kalau naik kereta dalam rumah dekat dapur atau kat mana2lah

tok sukaaa sembang tak kira siapa cerita lah dia perihal dulu2
rasa terhibur tok pandai masak jugak, sedap sangat2 sedap sangat!! masak gulai, sup ayam mak aiii

mahu tambah patbelas kali... tok buatkan selimut tampal2 macam quilt cantik, kreatif
tok pandai menjahit, mungkin sebab anak ramai so tok bisa jahit sendiri, membazir beli sebab keperluan lain lgi penting kot.

masa terus berlalu aku doakan tok sihat seperti selalu
yelah dan bila seseorang itu dimakan usia sama seperti aku ketika ini
pelbagai ujian dan cubaan
kita kena kreatif macam mana nak selesaikan bukan panjangkan masalah

sakit sedih happy gembira kuat lemah segalanya dari allah dan hanya untuk allah
bagi peringatan untuk diri aku ni, allah bagi masa sihat dan nyawa, manfaatkanlah untuk orang lain dan jangan jangan sesekali kita sia-siakan, masa kita akan sampai cuma bila, keadaan dan IMAN yang akan terus menjadi peneman selamanya

aku takut, serius takut.... takut tak kuat pada allah
tapi aku mohon allah permudahkan takot aku sia2kan dan tergelincir

ya allah, hanya padamu aku letakkan hati dan 'hartaku' (hanya aku yang bisa ngerti)

O ALLAH~~~












No comments:

Post a Comment