Wednesday, January 9, 2013

PROJEK 2013 YANG PENUH DOA DAN ISTIQAMAH

assalammualaikum semua

di kala hujan yang seakan mahu berhenti tapi masih renyai
seakan aku berikrar dalam hati 
semoga doa ini dimakbulkan dengan seribu satu rahmat dari allah
PROJEK ini akan aku semai, baja dan tengok tiap detik
biar ia bercambah gemok dan sihat
sampai boleh dituai dan membuatkan orang lain bahagia bersamanya

alhamdullilah
mungkin ini jalannya allah dah letak
ku minta pelangi dinampakkan silau
ku minta cahaya didatangkan suram
ku minta bunga dicampakkan benih
ku minta jalan dilorongkan hutan

aduhai aduhai aduhai ya tuhan
betapa aku rasa susah dan paling berat
tapi ku langkah dalam payah dan KAU duga dengan rasa curiga
aku pasti ketika itu kembali padamu adalah lebih baik malah paling baik sebaiknya

jalan itu kuteruskan tanpa berpaling
dinding itu aku ketuk sikit2 biar runtuh dan kini berderai
aku tidak takut lagi tidak gusar n never let anything stand in front of me and STOPS ME
never never never

apa yang ku lihat kini ada sikit-sikit cahaya
langkah ini makin kukuh dan kaki semakin kuat melangkah tiada lagi gundah tiada prasangka
yang mendatang aku tentang biar menang
kerana di hatiku ada MU allah bersama arjuna hati yang mendamaikan
memberi bahagia yang tiada tara
moga gembiralah semua isteri2 di dunia dan seisinya kerana bahagia itu bukan kerana HARTA
tetapi kasih sayang yang allah beri pada 2 jiwa kudus dan jernih ilmu
semoga allah memberi mawaddah dan warahmah pada 2 jiwa ini dan seisi dunia
betapa berbahagialah kita semua dan allah itu sentiasa memberi kasih yang selautan
letakkan cinta hanya pada allah dan kasihkan manusia kerana allah waima pada harta yang kita ada
pabila semua kerana allah musnahlah riak dan syak wasangka
berbahagialah

SEMOGA HAJAT HATI NAK PETIK BINTANG dan MENZIARAH BULAN
sentiasa tersemat
axfar hanis - 9 januari 2013














No comments:

Post a Comment