Thursday, September 20, 2012

BERAYA BERSAMA DI ISTANA BUDAYA- muka i di m-star online paper

 

 

cer teka mana i u ollsss????

HIBURAN

Penerbit Teater Tidak Berduit Dilarang Bekerjasama Dengan Istana Budaya

Muhamad Juhari (enam dari kanan) bersama para pegawainya pada majlis jamuan di pejabat pentadbiran baru Istana Budaya pada Khamis.

KUALA LUMPUR: Penerbit teater di negara ini yang tidak berkemampuan tidak lagi dibenarkan untuk bekerjasama dengan Istana Budaya berikutan penarikan diri beberapa pementasan kerana kekangan kewangan yang dihadapi mereka pada tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, Istana Budaya benar-benar kecewa dengan sikap sesetengah produser baru yang membuat keputusan itu kerana ia telah menjejaskan kalender program yang telah disusun dalam tempoh setahun.
“Pihak saya tidak akan mempertimbangkan mana-mana produser yang tiada wang tetapi berhasrat untuk menerbitkan teater di Istana Budaya kerana bimbang mereka akan menarik diri pada saat-saat akhir.
“Jika perkara itu berlaku, ia telah menjejaskan kalendar Istana Budaya yang telah disusun selama setahun selain membabitkan kerugian lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada mStar Online pada majlis jamuan di pejabat pentadbiran baru pusat kesenian itu di sini pada Khamis.
Mohamed Juhari berkata, sebanyak lima daripada 16 pementasan telah menarik diri pada tahun ini kerana sukar mendapat penaja sehingga menyebabkan pihaknya terpaksa mencari pelbagai alternatif lain untuk mengisi slot yang telah ditempah.
Bagaimanapun usaha mengisi slot kosong tersebut menghadapi masalah kerana kebanyakan penerbit baru tersebut hanya memaklumkan kepada pihaknya pada saat-saat akhir.
“Akibat pengalaman ini, pihak kami terpaksa melakukan “pelan B” iaitu memastikan slot-slot yang kosong itu diisi dengan karya terbitan Istana Budaya sendiri pada masa akan datang,” ujarnya.
Beliau berkata, selama ini Istana Budaya berusaha untuk memberi peluang kepada penerbit-penerbit baru berkarya selepas menerima rungutan kononnya pusat kesenian itu hanya menerima kertas cadangan persembahan daripada individu-individu tertentu sahaja.
Tambahnya, akibat rungutan itu pihaknya membuka peluang kepada banyak penerbit baru tetapi akhirnya mereka menimbulkan masalah kepada Istana Budaya.
“Sebab itulah pihak kami tak mahu ambil penerbit baru lagi kerana mereka tak ada wang. Kalau penerbit-penerbit yang sudah berpengalaman, masalah itu tidak akan berlaku,” katanya.
Sehubungan itu jelas beliau, mulai tahun 2013, Istana Budaya akan bersia sedia dengan karya-karya daripada produksi sendiri agar masalah berkenaan tidak akan timbul.



boleh jugak tengok kat http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=%2F2012%2F9%2F20%2Fmstar_hiburan%2F20120920152630&sec=mstar_hiburan

SELAMAT HARI RAYA WARGA ISTANA BUDAYA lots of luv from axfar

No comments:

Post a Comment